e-TAKSIR

e-Borang Penyata Pendapatan Dan Taksiran Zakat

Panduan Menggunakan e-Taksir

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Taksir Zakat di talian 09-5131515 ext: 220 / 221 atau 09-5316764(Unit Taksir Zakat)

email: utz@zakatpahang.my

Penghantaran BPPTZ 2017 melalui e-Taksir telah ditutup pada 30 November 2018.

Sebarang taksiran yang dibuat selepas 30 November akan disimpan sebagai rekod atau rujukan bagi sebarang tindakan selanjutnya.

Image

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU MUSLIM

Adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikan zakat ke atas sumber penggajian / pendapatan yang merupakan salah satu sumber utama harta dimiliki.

Seruan kewajipan menunaikan zakat pendapatan yang merupakan cabang daripada harta adalah seperti mana yang terkandung di dalam firman Allah S.W.T dalam ayat 267 surah Al Baqarah; “ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.. ”

Image

PERINTAH BERZAKAT

Mengeluarkan zakat merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang telah cukup syarat-syaratnya berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam ayat 43 surah Al Baqarah;

“ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkan zakat, dan rukuklah kamu semua (berjema’ah) bersama-sama orang yang rukuk ”

Tutorial eTaksir Zakat