Wednesday, 08 July 2020 02:26

Salam Tuan/Puan Bagi pasangan yang bekerja 1. Jika suami telah membayar zakat dengan menolak pengiraan bagi (anak 0-6 tahun) dalam pengiraan zakatnya adakah zakat isteri masih boleh menolak bagi anak 0-6 tahun juga atau salah seorang suami/isteri

Written by
Rate this item
(0 votes)

Waalaikumussalam w.b.t

Terima kasih kerana menggunakan kemudahan yang kami sediakan.

Merujuk kepada persoalan yang diutarakan, tolakan bagi anak pada asasnya adalah dibawah tanggungjawab suami, adapun demikian isteri dibenarkan membuat tolakan bagi anak sekiranya isteri turut menaggung perbelanjaan anak.

Berdasarkan situasi tuan/puan, sekiranya suami telah membuat tolakan untuk anak yang berumur 0-6 tahun maka isteri tidak boleh membuat tolakan bagi anak tersebut (kecuali tuan/puan mempunyai beberapa orang anak yang berada dibawah kategori tersebut. Tuan/puan boleh membuat tolakan anak berdasarkan pembahagian yang dipersetujui bersama pasangan)

Sekian, terima kasih.

Read 314 times