had kifayah (11)

Pembahagian ini disebabkan wujudnya perbezaan nafkah tanggungan yang wajib atau perlu ditanggung oleh kedua dua kategori ini berdasarkan Syara’.

Dasar penentuan kadar amaun bagi setiap kategori dalam Had Kifayah ditentukan berdasarkan pendekatan Pertengahan atau Sederhana (al I'tidal wa al Tawazun) atau disebut didalam Maqasid Syariah sebagai Hajiyat (keperluan) dengan mengambil kira semua lapisan masyarakat di negeri Pahang termasuk latar belakang demografi dan tahap keperluan asas bersasarkan kepada beberapa rujukan utama negara dan dunia sebagai contoh COICOP oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga barangan semasa dan PGK oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dijadikan sebagai satu garis panduan untuk dijadikan perkiraan dalam Had Kifayah yang perlu dipatuhi.

Sedia maklum kadar amaun bagi semua kategori dalam Had Kifayah telah dikaji terlebih dahulu sebelum ditentukan dalam kiraan termasuk juga Had Kifayah Bersyarat dan ianya ada limitasi tertentu. Penggunaan limitasi ini adalah kerana bagi memastikan kadar tersebut sentiasa berada dalam lingkungan Had Kifayah (tidak sekadar peringkat doruriyat atau sehingga melepasi peringkat Tahsiniyat) yang telah ditetapkan oleh Syara'.

Page 3 of 3