tanaman (padi) (3)

Tanaman padi yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20. Bagi tanaman yang menggunakan aliran hujan atau aliran air secara semula jadi, maka zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi negeri Pahang lima wasq (300 gantang Madinah) ini bersamaan 400 gantang Malaysia juga bersamaan 1000kg.

Zakat tanaman adalah zakat yang dikenakan keatas tanaman yang berbentuk makanan asasi, antara tanaman yang dikenakan zakat adalah kurma, barli, anggur, gandum, dan padi.
Di Malaysia, hanya tanaman padi sahaja diwajibkan zakat.