Wednesday, 08 July 2020 02:23

Pertama : Sekiranya saya membuat taksiran zakat pendapatan, adakah suami saya juga wajib membuat taksiran terlebih dahulu? kerana suami saya bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya juga telah membuat potongan zakat di Lembaga Zakat Selangor

Written by
Rate this item
(0 votes)

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sebagai makluman pihak puan, kiraan zakat pendapatan tahun 2020 (taksiran tahun 2019) di negeri Phg telah membolehkan Pasangan Berkahwin dibenarkan untuk membuat pembahagian tanggungan anak secara bersama dengan syarat pembahagian tanggungan anak tersebut mendapat persetujuan bersama dengan pasangannya.

Berdasarkan kepada situasi puan, puan boleh mendapat pelepasan tangunggan anak puan melalui persetujuan pihak suami dengan cara :

  1. Pihak Suami perlu mendaftar dan menaksir pendapatan tahunannya (2019) dan *menghantar* taksiran tersebut (digalakkan secara online) melalui etaksir.zakatpahang.my bagi membolehkan pihak puan mendapat pelepasan tanggunggan anak puan.

*Pastikan suami melengkapkan borang pendaftaran etaksir tersebut dengan betul khususnya di item STATUS TEMPAT KERJA dan pilih BERTUGAS DI LUAR PAHANG*. Ini kerana pihak suami puan telah menunaikan zakat pendapatannya di Lembaga Zakat Selangor.

  1. Puan boleh sahaja meneruskan taksiran zakat puan tanpa mendapat pelepasan tangunggan anak jika pihak suami tidak mendaftar, mentaksir dan menghantar taksirannya ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Soalan kedua puan, Puan dibolehkan untuk membayar zakat lebih dari taksiran dan niatkan la lebihan bayaran zakat itu kepada qadha zakat bagi tahun yang lepas-lepas atau diniatkan kepada harta-harta lain seperti wang simpanan, emas perniagaan jika ada.

Waallahu A’lam bis Sowab.

Sekian Terima Kasih.

Read 208 times