Wajib Taksir (7)

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Sebagai makluman pihak puan, kiraan zakat pendapatan tahun 2020 (taksiran tahun 2019) di negeri Phg telah membolehkan Pasangan Berkahwin dibenarkan untuk membuat pembahagian tanggungan anak secara bersama dengan syarat pembahagian tanggungan anak tersebut mendapat persetujuan bersama dengan pasangannya.

Berdasarkan kepada situasi puan, puan boleh mendapat pelepasan tangunggan anak puan melalui persetujuan pihak suami dengan cara :

  1. Pihak Suami perlu mendaftar dan menaksir pendapatan tahunannya (2019) dan *menghantar* taksiran tersebut (digalakkan secara online) melalui etaksir.zakatpahang.my bagi membolehkan pihak puan mendapat pelepasan tanggunggan anak puan.

*Pastikan suami melengkapkan borang pendaftaran etaksir tersebut dengan betul khususnya di item STATUS TEMPAT KERJA dan pilih BERTUGAS DI LUAR PAHANG*. Ini kerana pihak suami puan telah menunaikan zakat pendapatannya di Lembaga Zakat Selangor.

  1. Puan boleh sahaja meneruskan taksiran zakat puan tanpa mendapat pelepasan tangunggan anak jika pihak suami tidak mendaftar, mentaksir dan menghantar taksirannya ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Soalan kedua puan, Puan dibolehkan untuk membayar zakat lebih dari taksiran dan niatkan la lebihan bayaran zakat itu kepada qadha zakat bagi tahun yang lepas-lepas atau diniatkan kepada harta-harta lain seperti wang simpanan, emas perniagaan jika ada.

Waallahu A’lam bis Sowab.

Sekian Terima Kasih.

Individu yang menyimpan atau mencarum di institusi yang telah membayar zakat bagi pihak penyimpan atau pencarum LAYAK mendapat pelepasan dalam kiraan zakat pendapatan kerana simpanan atau caruman tersebut telah dibayar zakatnya. Sebagai contoh :

  • Lembaga Tabung Haji
  • Koperasi-koperasi yang membayar zakat bagi ahlinya.

Kewajipan individu dalam proses wajib taksir ini ada dua;

i) Individu dikehendaki mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing untuk dibuat taksiran. Sebaik sahaja mana-mana individu muslim mendapat permintaan daripada Majlis Ugama Islam Pahang atau Pusat Kutipan Zakat Pahang supaya memberikan maklumat pendapatannya, maka individu tersebut perlulah mengemukakan maklumat pendapatan yang sebenarnya kepada MUIP atau PKZ mengikut kaedah yang ditetapkan.
Jika individu berkenaan tidak memberikan maklumat atau memberikan maklumat yang palsu maka, ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang

ii) Mana-mana individu yang didapati wajib membayar zakat tetapi tidak membayarnya atau membayar kepada bukan Amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Pahang, maka ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 40 Enakmen Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang.

Pertama
Memberikan maklumat mengenai kakitangan atau pekerja masing-masing untuk tujuan penghantaran maklumat atau apa saja yang berkait dengan urusan zakat oleh Majlis Ugama Islam Pahang atau Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Sekiranya majikan tidak berbuat demikian maka ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 25(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Kedua
Majikan perlu menyediakan kemudahan kepada kakitangan atau pekerja bagi membuat bayaran zakat seperti yang dikehendaki oleh Majlis Ugama Islam Pahang atau Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Sekiranya majikan tidak berbuat demikian atau gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut maka ianya merupakan kesalahan di bawah seksyen yang sama.

Page 1 of 2