Wajib Taksir (7)

Wajib Taksir Zakat dan Wajib Membayar Zakat adalah dua perkara yang berbeza dari sudut undang-undang sebagaimana yang disebut di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang 2013.
Wajib Taksir Zakat adalah setiap individu perlu mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing bagi tujuan taksiran zakat. Sekiranya seseorang diminta oleh Majlis Ugama Islam Pahang atau Pusat Kutipan Zakat Pahang supaya mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing, dan individu tersebut gagal atau enggan memberikannya maka ia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 24 enakmen tersebut.

Wajib Membayar Zakat pula adalah apabila seseorang telah membuat kiraan atau taksiran zakat dan didapati mencukupi syarat wajib membayar zakat tetapi enggan atau sengaja tidak membayar zakat, maka individu tersebut telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 40 enakmen tersebut.

Arahan Wajib Taksir Zakat Pendapatan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang iaitu:
a) Seksyen 24 - Enggan memberi taksiran pendapatan
b) Seksyen 40 - Tidak membayar zakat atau fitrah

Friday, 24 May 2019 02:12

Apakah Wajib Taksir?

'Wajib Taksir Zakat Pendapatan' adalah satu pelaksanaan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang supaya semua umat Islam di negeri Pahang yang mempunyai sumber pendapatan wajib membuat taksiran zakat.
Pelaksanaan ini bermula dengan setiap individu Muslim di negeri Pahang yang mempunyai sumber pendapatan wajib megisytiharkan pendapatan masing-masing bagi menentukan samada seseorang itu wajib membayar zakat atau tidak.

Page 2 of 2