zakat pendapatan (9)

Nafkah yang diterima isteri dari suami tidak dikategorikan sebagai hasil pendapatan kerana nafkah tersebut diperolehi dengan sebab perkahwinan bukan dengan sebab pekerjaan dan nafkah tersebut tidak perlu dizakatkan.

Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat iaitu hasil usaha yang baik sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” . Sebagai contoh sumber haram tersebut adalah seperti hasil wang rasuah, riba, judi dan seumpamanya.

Kadar Zakat Pendapatan adalah sebanyak 2.5% berpandukan kepada kadar zakat emas.
Ini kerana gaji, upah dan saham yang diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.

Friday, 24 May 2019 01:47

Adakah wajib qada' Zakat Pendapatan?

Ya, zakat pendapatan yang masih belum tertunai hendaklah diqada’ oleh individu yang telah layak berzakat tapi tidak melaksanakan kewajipannya.

Page 1 of 3