zakat pendapatan (12)
Bolehkah zakat dibayar jika sumber pendapatan wang tersebut adalah dari sumber haram atau syubhah?
Tidak wajib zakat kerana tidak memenuhi syarat wajib zakat iaitu hasil usaha yang baik sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Allah tidak menerima sebarang sedekah dari sumber yang haram.” . Sebagai contoh sumber haram tersebut adalah seperti hasil wang rasuah, riba, judi dan seumpamanya.
Berapakah kadar zakat pendapatan dan mengapakah kadar zakat pendapatan hanya sebanyak 2.5%?
Kadar Zakat Pendapatan adalah sebanyak 2.5% berpandukan kepada kadar zakat emas.
Ini kerana gaji, upah dan saham yang diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
Adakah wajib qada' Zakat Pendapatan?
Ya, zakat pendapatan yang masih belum tertunai hendaklah diqada’ oleh individu yang telah layak berzakat tapi tidak melaksanakan kewajipannya.
Bagaimanakah cara pengiraan Zakat Pendapatan?
Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk mengira Zakat Pendapatan samada berdasarkan Tolakan Had Kifayah atau tanpa tolakan Had Kifayah. Kaedah berdasarkan kepada Tolakan Had Kifayah bermaksud pendapatan dari semua sumber dalam setahun ditolak dengan tolakan Had Kifayah dalam tempoh satu tahun, di darab dengan 2.5%. Manakala keadah Tanpa Tolakan pula adalah pendapatan dari semua sumber dalam tempoh satu tahun di darab dengan 2.5%.